Kursus Pengendalian Makanan Online

7 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2021, telah diadakan Kursus Pengendalian Makanan dengan kerjasama Ilmi Senergy Resources secara atas talian, Kursus ini bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Kursus ini diadakan bertujuan memudahkan para peniaga atau pengusaha makananan mendapatkan sijil Pengendalian makanan yang sah. Selain daripada itu, peserta juga belajar etika-etika pemakaian, perkara yang perlu dilakukan semasa menghidang makanan, perkara yang dilarang semasa menghidang makanan dan kebersihan semasa mengendalikan makanan. Dengan adanya kursus secara atas talian ini dapat memudahkan peserta mendapatkan sijil dan belajar mengenai etika pengendalian makanan yang sebenar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali